Saturday 1 March 2014

Outstation trip to Kuala Terengganu & Kuantan - Day 1

Title siap ade day 1 tu uols..huhuhu. Smpat lagi nk berblog nih walaupun ikut incik husband outstation. Kali nih outstationnye ke Kuala Terengganu dulu. Berjalan sje skang nih. Dah kawen katanye so ikut sajo.hik. Weols gerak arini sbb incik husband boleh rehat2 before buat keje. Drive pown xde laa nk rushing ke mne pown. Hotel sume dh book thru agoda. Senang book thru agoda nih. Bilik pown murah kot.

Kul10 lgi weols kuar dri umh then singgah shell seblum tol gombak tu beli mcd breakfst. Chicken muffin for iols and sausage muffin for incik husband. Lpas ke mcd singgah plak starbucks kt petronas seblah shell. Benda wajib yg akn weols order kt starbucks ni, hot caramel macchiato for iols and ice caramel macchiato for incik husband. Then bru teruskm perjlnan bile tgk jam eh dh kul11. Lama jugak rupanye kt shell dgn petronas tdi. Btw manusia pown ramai cm org cuti pjg tpi xde cuti pape plak.

So incik husband slow2 drive sbb kete pown byak. Sepjgn jln dri tol gombak ke tol bentong, ade 3 excident weols nampak. Uols yg kt luar tu drive hati2 yea. Ingt org yg tersyg. Dh mcm ikln plak rsenye. Weols straight je xde berenti2 pown sbb mulut msing2 x berenti mngunyah dlam kete. Yg seronok nk ke terengganu ni bile lalu tepi pantai. Sejuk je mata tgk pantai. Bile dh kt2 nk smpai KT, incik husband kata nk berenti kt tepi pntai. So weols pown berenti laa kt pantai Kelulut. Ade byak deretan kedai makan kt tepi pantai Kelulut nih. Weols order ikan selayang celup tepung dgn kepok lekor. Tastenye sgt laa sedap. Ikan selayang tu terasa sgt dia puny fresh dri laut. Kepok lekor plak sgt kepok lekor. Haa..can u imagine it??

Lpas dh siap isi perut kt pantai Kelulut tu, weols teruskan perjlnan. Tak jauh dh nk sampai KT dari pantai Kelulut nih. Before maghrib weols dh smpai kt Grand Puteri Hotel. Btol2 tgh bandar yea hotel nih. KFC dekat. Station bus KT pown dekat. Kedai Pasar Payang pown dekat. Xpyah nk drive g semua tempat tu. Jalan kaki je semua bley smpai. Hotel nih hotel baru. Tak sampai setahun lagi hotel nih. Sampai je weols dh dismbut. hik hik. Suke suke suke. Lpas check-in terus naik bilik. Dok tingkat 2 je tpi xpe laa tingkt berape pown jnji bilik selesa. Bile bukak je bilik 216 terus cm okay not bad hotel nih.hehehehe. Katil king dia sgt besar. Siap ade iron dgn iron board lgi dlam blik. Air-cond dia boleh control nk cold ke nk fan ke nk dry ke. Dh mcm kt umh plak rse.huhuhu. Weols rehat2 kjap before nk kuar blik g dinner.

Lepas maghrib weols pown kuar mencari mkanan tuk isi perut nih. Then pkir punyw pikir weols decide nk ke pantai Batu Burok. Actually weols mmg suke bab pantai2 nih. Mandi pantai je xde kesempatan lgi.hehehe. So weols main belasah je mkn kt kedai berdepan pantai Batu Burok. Mlm2 mane nk nampai pantai kn. Dengar bunyi air pantai sajolah. Incik husband ckp xpe besok ptg g jln2 kt pantai tu.hehehhe. Perut dh kenyang mata pown ngantok laa. Otw blik g pusing2 tgk lampu kejap kt bandar KT. Masa lalu kt chinatown tu rse cm ade kt Melaka plak.huhuhu. Blakang chinatown tu ade Icity KT orang kata. Tpi weols x g pown. Nmpak dri jln cmtu je. Perut dh kyangkn so mlm nk berjln2 lgi. Smpai hotel terus lelapkn mata. Bdan pown penat dok dlam kete dri pgi smpai ke ptg. Okay laa smbung besok punye story plak.. xoxo =)

bergambar dulu before berjalan jauh
Rehatkan otot kt pantai Kelulut
Snap dulu before teruskan perjalanan ke KT
Ni laa hotelnya. Sgt islamic yawwww..

Monday 24 February 2014

Petua menjadi suami romantik ikut sunnah Rasulullah.

Setiap wanita pasti mengimpikan pasangan hidup yang sentiasa memahami kehendak dan citarasanya termasuklah memiliki suami romantik knnnnn. Tapi zaman sekarang kebanyakan pasangan tu romantik sebelum berkahwin je.. Lepas kahwin 2-3 tahun ok lagi. Bila anak dah 3-4 orang hilang terus romantiknya. Hehehe tapi bukan la semua.

So hari ni rse nak share beberapa petua untuk menjadi suami romantik berlandaskan Sunnah Rasulullah. Jom kita baca dan jadikan panduan untuk buat pasangan kita gembira. Tetiba lantik diri sendiri jadi Dr. Love plak.hahahahah.
1) Mandi Bersama 
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
2) Hantar Isteri Keluar Rumah 
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]. 

Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”
3) Bukakan Pintu Kereta 
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
4) Bawa Isteri Jalan-Jalan 
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”

Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
5) Suapkan Makanan 
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?

6) Belaian & Bermanja 
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”

Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.”

Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
7) Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim).
8) Bergurau Senda 
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”

Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
9) Panggilan Manja 
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.

Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

10) Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?

Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Selama mencuba uolssss....

Monday 10 February 2014

Sebulan sudah saya isteri dia


Alhamdulillah.. Today 10.02.2014 sebulan sudah iols jadi seorang isteri. Sekejap je rase dah sebulan. Cepat betol masa berlalu. Sebulan as isteri tak sempat lagi nak memasak tuk incik husband. Mana taknye asyik sibuk g sana sini dengan demamnye lagi. Tak tau nk bebel ape sebenarnye nih.hahahah =P

Suke sgtnye diaaa...
Rantai plak


 

Mereka org kuat my wedding <3
Jom potong kek
 

Ini namanye tgh cover nk gelak. Ladies di kiri kanan iols tu rancak sungguh bercerita kt pelamin.
see!!! I told ya.. They're my org kuat
Cincin tunang & nikah

Saturday 25 January 2014

Reception at Dewan Perdana Felda

Hari ni 25.01.2014 weols punye reception kt Perdana Felda. To be honest actually daddio & mummio sgt neves tuk yg ni punye reception. Sbbnye kenape. Sbb tetamu yg hadir sumenye daddio dgn mummio pujye friends. Daddio punye big bos pown ade. Sepatutnye ade kerabat yg hadir tpi last minit cancel. Vvip merenjis pown ade 2couple last mint cancel xdpat hadir. So xpe laa xde laa protokol sgt.hehehe.

Cite psal reception kt kl ni mmg sgt kelam kabut. Kelam kabut dri segi deal pelamin dgn org felda, food testing, tggu rsvp dri guest, nk cnfirmkn seat guest yg hadir. Yg pling kelam kabut is mencari bju utk pengantin yawww. Kenapakah mencari di saat akhir?? Biarlah benda tu sume jdi kenangan pahit tuk kami. Alhamdulillah semua settle dgn smoothnye walaupun semua cm bermasam muka, bertegang leher etc.

Daddio dgn mummio kul12 lgi dh grak g ke dewan. Tpi bukan boleh msuk pown dewan tu sbb tghari nih ade wedding lain tgh berlangsung. Haaaa..can u imagine x.siang wedding org lain, mlm wedding weols. Tak mcm lipas kudung sume org buat keje. Nasib laa kakitngan chili red team ramai. Rse bersyukur sgt rmai kwan daddio dgn mummio yg ringan tulang tuk tlg wedding weols nih.
Weols smpai kt dewan nearly 5pm. Time tu org dh rmai kt dewan. Masing2 mcm dh tau kerja masing. Weols nih as pengantin mcm xtau nk buat ape. Incik husband sgt risau tkut byak yg silap sbb ni mjlis berprotokol katanye. Rehearsal pown sekali lalu cmtu je buat. Semuanye sbb kesuntukkn masa. Yg lgi best Nur xde msa rehearsal. Dh dia kne rehearsal kt umah.hahahaha Masa weols tggu kt blik tuk siap, mummio, Niza dgn Ila dh siap dimakeupkn. Tggal iols dgn Nur je yg x makeup lgi. Tpi xpe makeup retis mesti tererkn. Mmg kejap je dia makeupkn iols. Tang buat rmbut tu je yg amek msa ckit. Tpi mmg kagum tgk adik2 nih buat rmbut.

Dh laa byak sgt cite. Besok plak laa smbung. Ade something lawak happen on majlis.hahahaha. Layan mata dgn gmbr dulu laa eh.
Henna & Handflower made by Sheema Henna Artist
Makeup by Ainul Isyraf Othman
Im so feeling-feeling like princess

Saturday 11 January 2014